LEMON GARLIC CHICKEN
4 peha ayam
80ml jus limau
4 ‘cloves’ bawang putih, dicincang
60g mentega
1 sudu kecil serbuk paprika
1. Perapkan ayam dengan jus limau, bawang kecil, mentega, serbuk paprika dan serbuk lada selama satu malam.
2. Panaskan oven pada 180 darjah selsius. Letak ayam pada bekas pembakar. Bakar dan sapukan jus limau dari masa ke masa, selama 1 jam atau sehingga ayam masak, perang keemasan.
CHEESE MACARONI
200g makaroni
60g mentega
1 bawang besar, dicincang
2 sosej ayam, dipotong kecil
30g tepung biasa
625ml susu
1/2 sudu kecil serbuk buah pala
185g keju Cheddar
1. Panaskan oven kepada 180 darjah celsius
2. Masak makaroni
3. Panaskan mentega dan gerong bawang besar dan sosej ayam. Masukkan tepung biasa, dan masak pada api kecil. Masukkan susu dengan perlahan dan gaul pada api sederhana sehingga mendidih dan pekat. Tutup api dan masukkan serbuk buah pala, gaul.
4. Masukkan makaroni dan 125g keju. Tuang ke dalam mangkuk ovenproof yang sesuai dan taburkan keju yang tinggal. Bakar selama 20 minit.
SAMBAL UDANG DENGAN NANAS
Sambal udang memang lauk yang digemari ramai, terutama yang lemah apapetite.
400g nanas
1kg udang
1 sudu besar asam jawa direndam dalam 1/2 cawan air
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
gula
Rempah:
100g bawang kecil dicincang
5 cili merah
25g kunyit
1/2 sudu besar belacan
2 tangkai lemongrass
2 sudu besar air
1. Potong nanas sehingga 2cm tebal. Bersihkan udang.
2. Tapis air asam jawa.
3. Kisarkan rempah sehingga menjadi lembut.
4. Panaskan minyak dan masak sos rempah sehingga berbau wangi. Masukkan air asam jawa, nanas, garam dan gula, masak sehingga mendidih. Kecilkan api, masak sehingga nanas lembut.
5. Masukkan udang dan masak sehingga udang masak. Sedia disajikan.
No comments:
Post a Comment